Sesi Q&A PutraBot | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Sesi Q&A PutraBot

Sesi Q&A PutraBot

5 Julai 2023, Serdang: Satu Sesi Q&A Siri 2 (Aplikasi) PutraBot telah di adakan di Thinker space 2.0, Fakulti Kejuruteraan, UPM.  Seramai 17 orang peserta hadir terdiri daripada staf Bahagian Operasi Aplikasi (BoA) yang membantu dalam menjana dan menambahbaik soalan berserta jawapan berdasarkan sistem aplikasi tertentu. Sesi ini dikendalikan oleh entiti Sokongan Pengguna ICT, Bahagian Operasi Aplikasi (BOA) yang dipertanggungjawabkan di dalam mengumpul soalan beserta jawapan bagi tujuan ini.

Siri kedua ini adalah rentetan daripada Sesi Siri 1 Q&A PutraBot yang telah diadakan pada 17 Mei 2023 di Bilik Latihan Zetta, iDEC Alpha. Sesi ini di hadiri oleh 19 orang peserta terdiri daripada Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Ketua Seksyen, Pengurus Projek dan Pengurus Operasi. Peserta telah menjana dan menambahbaik soalan dan jawapan berdasarkan kategori perkhidmatan di bahagian masing-masing. Soalan dan jawapan menerusi sesi 1 dan 2 ini seterusnya akan disemak dan ditambahbaik dari masa ke semasa.

Terdahulu pada 14 Mei 2023 di iDEC Alpha, satu kajian stress test telah dibuat melalui Sesi Latihan Stress Test ChatBot, Bootpress. Objektif sesi adalah untuk meneliti pelaksanaan dan keupayaan aplikasi ChatBot tersebut. Hasilnya, sebanyak 20,840 klik telah berjaya diperolehi menerusi 40 orang peserta yang mengambil bahagian selama satu jam sesi berlangsung.

Menerusi ketiga-tiga aktiviti ini, diharap dapat membantu dalam penyediaan soalan dan jawapan bagi memenuhi keperluan pengguna sistem operasi di UPM. Disamping itu, pemilihan ChatBot yang bersesuaian juga dapat dibuat.

Tarikh Input: 20/07/2023 | Kemaskini: 20/07/2023 | zalaz

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcRAP~

Hello!