Sesi Perkongsian Ilmu : Pembangunan Sistem Enterprise UPM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Sesi Perkongsian Ilmu : Pembangunan Sistem Enterprise UPM

Sesi Perkongsian Ilmu : Pembangunan Sistem Enterprise UPM

  

 

Sesi Perkongsian Ilmu : Pembangunan Sistem Enterprise UPM

Serdang, 20 Oktober 2017. Sebuah sesi perkongsian ilmu telah diadakan di Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) bagi memenuhi hasrat 4 orang pelajar tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM). Pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar yang sedang mengikuti kursus SIM4354 Enterprise System Development di FSKTM. Sesi tersebut yang berlangsung selama 2 jam telah dikendalikan oleh Puan Norazlin Yusof wakil Bahagian Pembangunan Aplikasi (iDEC). Antara topik yang telah dikongsikan adalah seperti berikut :

  1. Sistem Aplikasi UPM
  2. Kaedah Integrasi Sistem UPM
  3. Prosedur dan Kaedah Pengurusan Pembangunan Aplikasi UPM
  4. Cabaran yang dihadapi oleh iDEC dalam membangunkan aplikasi UPM

 

Hasil daripada input yang diberikan oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi, pelajar-pelajar dikehendaki untuk menyediakan sebuah laporan tentang Pembangunan Sistem Enterprise Universiti Putra Malaysia yang akan digunapakai dalam pembelajaran kursus tersebut. Kumpulan pelajar yang menghadiri sesi tersebut adalah Encik Mu’az Toshihiko bin Mansor (Ketua), Encik Mohamad Khairulamirin bin Ariffin, Encik Wong Yuan Chen dan Cik Norizzati binti Wan Hasan.

Tarikh Input: 07/11/2017 | Kemaskini: 07/11/2017 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEYTAH~

Hello!