Selamat Datang Staf Baharu Ke IDEC | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Selamat Datang Staf Baharu ke iDEC

Selamat Datang Staf Baharu ke iDEC

September 2025 – Warga iDEC mengalu-alukan kehadiran staf baharu yang mula menyertai organisasi pada bulan ini. Kehadiran mereka diharap dapat memperkukuh lagi kekuatan dan kepakaran organisasi dalam melaksanakan perkhidmatan cemerlang kepada warga kerja serta pelanggan.

Staf baharu yang melapor diri adalah seperti berikut:

  1. Encik Nurzaim Bin Rosli – Pembantu Khidmat Am di Seksyen Pentadbiran, iDEC bermula pada 10 September 2025.
  2. Encik Adam Bin Mohd Fazil – Juruteknik Komputer di Bahagian Sokongan Pengguna, iDEC bermula pada 17 September 2025.
  3. Muhammad Aiman Fikri Bin Ahmad Fahmi – Pegawai Eksekutif 3 (PE.3) di Bahagian Pembangunan Aplikasi, iDEC bermula pada 22 September 2025.

 

 

Pihak pengurusan dan seluruh warga iDEC mengucapkan tahniah serta selamat datang kepada staf baharu. Diharapkan kehadiran mereka dapat membawa idea segar, semangat baharu, dan menyumbang kepada pencapaian visi serta misi organisasi.

Dengan sokongan bersama, warga iDEC yakin staf baharu akan dapat menyesuaikan diri dengan budaya kerja yang sedia ada, sekaligus bersama-sama menjayakan setiap agenda pembangunan, inovasi, dan transformasi digital di iDEC.

Tarikh Input: 29/09/2025 | Kemaskini: 29/09/2025 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (11:09:03pm-11:14:03pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]