Selamat Datang Delegasi USM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Selamat Datang Delegasi USM

Selamat Datang Delegasi USM

     

Serdang, 16 Ogos 2022 : Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) berbesar hati menerima kunjungan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Lawatan Kerja Penanda Aras ke Universiti Putra Malaysia. Seramai 13 pegawai USM telah hadir ke iDEC dan sesi perkongsian maklumat berkaitan ICT agensi masing-masing telah diadakan di permulaan pertemuan.

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) USM ditubuhkan pada bulan Disember 2002. Tiga entiti jabatan yang menyediakan perkhidmatan ICT telah digabungkan dibawah satu pusat perkhidmatan. Perkhidmatan yang digabungkan terdiri daripada perkhidmatan ICT Pentadbiran, Akademik dan Pengurusan (MIS). PPKT berperanan sebagai sebuah pusat yang  menyediakan perkhidmatan ICT yang kompeten dan berkesan untuk masyarakat kampus dan komuniti luar yang berkaitan.

Diharapkan dengan adanya sesi lawatan ini, pihak USM mendapat perkongsian maklumat yang boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk masa akan datang.

 

Disediakan oleh : Ts. Nor Azlina Zainal Abidin

Tarikh Input: 16/08/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEdBAk~

Hello!