Salam Maulidur Rasul KRiDEC! | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Salam Maulidur Rasul KRiDEC!

Salam Maulidur Rasul KRiDEC!

 

Serdang, 30 Oktober 2020: Seluruh dunia diuji dengan kehadiran penyakit pandemik Covid 19. Allah sedang menguji kita semua. Kelab Kebajikan dan Rekreasi iDEC (KRiDEC) telah menjemput Ustaz Azrul Nizam Abdul Aziz bagi menyampaikan ceramah secara atas talian. Ceramah bertajuk tajuk "Syukur dan tenang menghadapi ujian Allah, Istiqomah dalam amalan dan Cabaran WFH" telah disertai lebih kurang 94 orang warga iDEC.

Sebagai umat manusia, kita harus bersyukur di atas segala pemberian Allah walaupun didatangkan ujian. Kenapa perlu bersyukur? Setiap ujian yang diberikan pasti ada rahmat disebaliknya. Apabila bersyukur, kita akan dikurniakan nikmat, keyakinan, kesabaran dan ketabahan semasa menghadapi ujian Allah. Semakin besar pahala yang ingin diperolehi semakin besar cubaan dan dugaan. Yakinlah bahawa apabila ditimpa ujian akan ada kemudahan dan seharusnya selalu optimistik di mana pasti akan ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang dihadapi.

Demi kelangsungan hidup, kehidupan perlu diteruskan di mana kerja harus dilaksanakan walaupun terpaksa Bekerja Dari Rumah (WFH). Ini merupakan pilihan yang harus dipatuhi bagi memastikan rantaian Covid 19 dapat dikurangkan dan seterusnya dapat diputuskan. Dalam memastikan keberkatan, kita harus memastikan kerja yang merupakan ibadah dilaksanakan dengan Amanah dan Ikhlas. Sempena Maulidur Rasul ini, marilah sama-sama berselawat dan berdoa agar semua urusan dipermudahkan Allah.

Tarikh Input: 04/11/2020 | Kemaskini: 04/11/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEUIAU~

Hello!