Riadah Bantu Hindar Stress Di Tempat Kerja | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Riadah Bantu Hindar Stress di Tempat Kerja

Riadah Bantu Hindar Stress di Tempat Kerja

   

15 Februari 2023, Serdang: Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA), iDEC telah mengadakan permainan futsal bagi menyemarakkan Sambutan Hari Sukan dan Riadah UPM yang diadakan melalui program BPA: Jom Sihat 2 (1/2023).  Permainan dilaksanakan mengikut kategori lelaki dan wanita ini telah diadakan di IOI Sport Centre dan disertai oleh seramai 47 orang staf BPA.  Program ini dimulakan dengan acara pemanasan badan yang dipimpin oleh Coach Eddy dan diteruskan dengan pertandingan mengikut kategori bagi 2 pasukan Merah dan Biru.  Pertandingan Futsal bagi kategori wanita telah dimenangi oleh pasukan Biru. Program Jom Sihat ini merupakan program yang dirangka khas untuk staf BPA bagi mengukuhkan semangat berpasukan dan mengeratkan silaturahim serta membantu menghindari tekanan (stress) di tempat kerja.  Program ini dijadualkan untuk dilaksanakan 4 kali setahun dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah.

 

Disediakan oleh :
Ts. Juraidah Mohamad Amin
Ketua Bahagian Pembangunan Aplikasi

Tarikh Input: 22/02/2023 | Kemaskini: 22/02/2023 | zalaz

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcQAi~

Hello!