REFTApp : Pertandingan Anugerah Inovasi Perkhidmatan 2017
Serdang, 24 Oktober 2017. Sesi pembentangan Anugerah Inovasi Perkhidmatan sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM tahun 2017 telah berlangsung di Mini Auditorium 1, Aras 3, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Sebanyak dua belas kumpulan di mana tujuh dalam kategori Pengurusan dan lima dalam kategori Teknikal telah membuat pembentangan dan telah diadili oleh tiga orang juri.
REFTApp merupakan sekumpulan daftar format yang digunapakai dalam keseluruhan kitar hayat pembangunan sistem aplikasi (SDLC) iaitu daripada fasa Kajian Keperluan Pengguna (User Requirement Phase) sehinggalah ke fasa Penyerahan Projek (Project Delivery). Penggunaan REFTApp ini membantu menyeragamkan pemahaman aspek tenikal dalam kalangan pengguna dan pembangun sistem aplikasi dan untuk melancarkan lagi proses pembangunan sistem aplikasi di UPM. REFTApp terdiri daripada dokumen teknikal yang diseragamkan kandungan teknikalnya dan kaedah penyediaan setiap satu dokumen tersebut.
Objektif inovasi :
Kumpulan REFTApp’s Pawns dianggotai oleh sepuluh (10) orang Pegawai Teknologi Maklumat daripada Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) dan Bahagian Operasi Aplikasi (BOA). REFTApp’s Pawns merupakan kumpulan penggerak yang memulakan langkah pertama dalam menjayakan pelaksanaan REFTApp di kalangan pembangun sistem BPA iDEC. Keputusan pertandingan akan diumumkan semasa Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) pada 10 November 2017 yang akan datang.
Tarikh Input: 07/11/2017 | Kemaskini: 07/11/2017 | nazlina
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan