Projek 'Garden Office' IDEC | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Projek 'Garden Office' iDEC

Projek 'Garden Office' iDEC

 

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM; 11 Oktober 2019 : Projek Garden Office iDEC telah dimulakan di Bangunan Alpha, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) pada 11 Oktober 2019. Projek ini telah menarik minat staf dan Pengurusan iDEC untuk turut bekerjasama melibatkan diri sebagai salah satu aktiviti mingguan di pejabat, di mana ianya turut menyumbang ke arah mengeratkan rantaian hubungan silaturahim staf dalam menjayakannya. Projek di luar bidang kerja hakiki ini, memfokuskan kepada penanaman pokok sayuran, herba, berdaun dan berbunga. Pelaksanaan projek ini bertujuan menyokong Program Kelestarian Hijau UPM, di mana fungsi penanaman pokok secara padat akan dapat mengurangkan pencemaran udara secara meluas selain merupakan sumber oksigen untuk pernafasan.

Tarikh Input: 17/10/2019 | Kemaskini: 17/10/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDdSAx~

Hello!