Program On Online Examination System, Sri Lanka | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Program on Online Examination System, Sri Lanka

Program on Online Examination System, Sri Lanka

Program on Online Examination System, Sri Lanka 24 - 25 April 2018

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM telah diberi kepercayaan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama National Human Resources Development Council (NHRDC), bagi mengadakan program peningkatan pengetahuan kepada pegawai peperiksaan Kementerian Pelajaran, Sri Lanka. Tujuan utama program adalah untuk melihat pengurusan sistem peperiksaan atas talian (online) yang dibangunkan di Malaysia.

Perkongsian pengalaman dalam pembangunan sistem Putra Learning Hub terutama sekali PutraBLAST di mana ia merupakan pengurusan struktur maklumat bagi penyampaian kandungan pembelajaran, penilaian pengajaran dan pembelajaran, pengesanan dan pemantauan proses pembelajaran di UPM.

Slot pengkongsian bertajuk “Online Examination and Assessment System Setting” telah disampaikan oleh Pengarah iDEC, Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi pada 24hb April 2018 bertempat di Bilik Latihan UCTC UPM. Bertempat di lokasi yang sama, perkongsian dengan tajuk slot yang sama diteruskan pada keesokan hari oleh Puan Shamiza Sharif dan Encik Azizi Sabron.

Pengarah iDEC, Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi berhasrat untuk mengada usahasama dengan pegawai peperiksaan Kementerian Pelajaran, Sri Lanka bagi konsultansi dalam pembangunan sistem dan keperluan pengguna.

#soaringupwards

#weloveupm

< Galeri Gambar>

Tarikh Input: 25/04/2018 | Kemaskini: 25/04/2018 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDdRAm~

Hello!