PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA IDEC | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA iDEC

PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA iDEC

PROGRAM “BUAL BICARA BERSAMA iDEC: PERKONGSIAN AMALAN PEMBANGUNAN APLIKASI”

13 Mei 2016 telah melakar sejarah, di mana buat julung kalinya, Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) iDEC dengan kerjasama FSKTM telah menganjurkan Program “Bual Bicara Bersama iDEC: Perkongsian Amalan Pembangunan Aplikasi”, bertempat di Dewan Kuliah Utama, FSKTM.

Program yang dihadiri oleh 118 pelajar dan 60 staf iDEC telah berpeluang memperkenalkan kewujudan iDEC kepada pelajar FSKTM.  iDEC juga telah berkongsi 2 inovasi yang telah membantu memperkemaskan amalan pembangunan aplikasi, iaitu REFTAPP dan SEASHELL.

iDEC beriltizam akan terus menjayakan beberapa program bersama pelajar dalam usaha memberi pendedahan tentang bidang pekerjaan yang bakal mereka ceburi.

Kehadiran ke program Bual Bicara Bersama iDEC


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEXSAO~

Hello!