Program 2S - Travel Cash Saver! | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Program 2S - Travel Cash Saver!

Program 2S - Travel Cash Saver!

 

SERDANG, 5 Disember 2019: Musim cuti sekolah akan dimanfaatkan sebaiknya sama ada melaksanakan riadah atau aktiviti bersama keluarga. Untuk yang gemar bercuti dan melancong, aktiviti ini amat sesuai dilaksanakan pada musim cuti skeolah ini. Program 2S kali ini bersama Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi, berkongsi info dan tips bertajuk “Travel Cash Saver”. Pelbagai kaedah boleh dibuat bagi menyediakan kos yang akan digunakan bagi tujuan percutian. Selain menabung, boleh juga menggunakan keuntungan daripada pelaburan atau pinjaman kewangan tetapi perlu mendisiplinkan diri untuk membayar.

Amalan bersedekah sememangnya tidak dapat disangkal kelebihannya. Pasangkan niat sama ada untuk kesihatan, urusan dan segala rezeki semasa meletakkan sumbangan di dalam tabung yang dinamakan “Tabung Sedekah Subuh”. Ia dinamakan sebegitu adalah kerana sedekah yang disumbangkan, diamalkan setiap hari selepas Solat Subuh dan sebelum waktu Syuruk.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi Muhammad shollallahu ‘alahi wa sallam bersabda:“Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi pada setiap harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satunya memohon: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya.’ Dan satu lagi memohon: ‘Ya Allah, musnahkanlah harta si bakhil.” (HR. Bukhary 5/270 Muslim 1678)

Tarikh Input: 20/12/2019 | Kemaskini: 23/12/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEREAk~

Hello!