Program 2S - Tips Kembara | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Program 2S - Tips Kembara

Program 2S - Tips Kembara

 

i-MAGBOOKS, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM, 6 November 2019 : Program 2S (Sembang Santai) kali ini telah menjemput Timbalan Pengarah, Encik Mohd. Faizal Daud bagi perkongsian mengenai 'Tips Kembara'. Tajuk yang sungguh menarik ini diadakan bagi perkongsian maklumat untuk persediaan sebelum, semasa dan selepas percutian.

Beberapa tips yang telah dikongsikan bersama amat praktikal kerana memudahkan serta memberikan impak yang tinggi bagi persediaan sebelum dan semasa pengembaraan atau percutian.

Tips Kembara :

  • Mengkaji negara atau tempat yang bakal dikunjungi
  • Menyemak dan mencari maklumat sebanyak mungkin mengenai kemudahan penginapan, pengangkutan, budaya dan maklumat lain
  • Merancang jadual perjalanan
  • Menggunakan beg perjalanan yang ringan
  • Membawa bersama kemudahan atau peralatan memasak yang bersesuaian dan memudahkan urusan (plastik, sarung tangan plastik dan lain-lain)
  • Menyediakan peralatan yang dapat menjimatkan perbelanjaan (contoh : plastik balut beg yang boleh dikongsi dan kos yang lebih murah)
  • Meletakkan beg di tempat yang selamat sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi lain (kabinet simpan beg khas)
  • Memastikan keselamatan semasa mengkaji tempat penginapan
  • Memastikan dokumen berharga sentiasa berada di tempat yang selamat

Tarikh Input: 06/11/2019 | Kemaskini: 06/11/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEZRAS~

Hello!