Program 2S - Gaya Hidup Sihat | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Program 2S - Gaya Hidup Sihat

Program 2S - Gaya Hidup Sihat

 

23 Oktober 2019, 10.00 pagi - Program 2S (Sembang Santai) telah menjemput saudara Mohd. Hamzidi Hamid untuk sesi perkongsian bertajuk "Gaya Hidup Sihat'. Sesi ini telah diadakan di sudut bacaan iDEC i-MAGBOOKS. Beberapa tips telah dikongsikan bersama warga iDEC yang menyaksikan secara langsung dan sidang video yang boleh diakses dari lokasi pejabat masing-masing.

Dengan pembentangan slaid yang berinformasi, sesi perkongsian ini memberikan manfaat bagi mendapatkan berat ideal dengan kaedah yang betul. Apa yang lebih menarik, beliau telah berkongsi formula pengiraan berat yang bersesuaian dengan ketinggian dan umur. Selain penjagaan makanan mengikut kaedah yang betul, beliau telah memberi penekanan bahawa pemeriksaan kesihatan amat penting serta mengamalkan senaman yang bersesuaian dengan peringkat umur.

Sesi telah berakhir pada jam 11.00 pagi dengan penyerahan cenderahati kepada penceramah, Mohd. Hamzidi Hamid dan doorgift kepada peserta yang hadir.

Tarikh Input: 24/10/2019 | Kemaskini: 24/10/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
CULcRA1:17:33