Program 2S - English For Breakfast | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Program 2S - English for Breakfast

Program 2S - English for Breakfast

SERDANG, 18 Disember 2019: Bahasa Inggeris ialah bahasa antarabangsa yang digunakan untuk berhubung dengan bangsa lain, baik dengan masyarakat tempatan serta masyarakat dunia luar. Walau pun bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara namun bahasa Inggeris amat penting untuk kemajuan negara. Penggunaan bahasa Inggeris membolehkan hubungan yang lebih luas dan mudah menerima maklumat antarabangsa. Selain dapat memberikan sumbagan kepada pembangunan negara, kecemerlangan seseorang individu dalam menggunakan bahasa ini dapat mempertingkatkan keyakinan diri.

Permulaan penggunaan bahasa Inggeris adalah di peringkat pra sekolah sehingga pendidikan tertinggi. Ia juga boleh dipelajari melalui kaedah mendengar muzik, menonton filem atau cerita dalam bahasa Inggeris selain daripada membaca. Amalkan sentiasa mencari makna perkataan yang tidak difahami supaya dapat memperkayakan kosa kata dan menggunakannya dalam komunikasi. Dengan memupuk semangat dan kesungguhan untuk mempelajari bahasa ini akan membuatkan seseorang individu mempunyai kemahiran lebih daripada satu bahasa.

Penguasaan bahasa Inggeris ini dapat dipertingkatkan sekiranya anda mengikuti 4 tips berikut:

  1. Sikap ingin belajar
  2. Latihan
  3. Pendedahan secara maksimum kepada Bahasa Inggeris
  4. Memperkasakan kosa kata

Tarikh Input: 20/12/2019 | Kemaskini: 23/12/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDdGAD~

Hello!