Bahagian Perancangan dan Governan, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah menganjurkan Pra Bengkel Pemantauan Pencapaian iDEC 2018 pada 18 April 2018 jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Kuliah Pemasaran (UGC), Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia.
Pra Bengkel ini diadakan bertujuan bagi menyemak semula, memperincikan serta menyediakan kaedah pengukuran yang jelas untuk Objektif Kualiti iDEC yang terdiri daripada Indeks Petunjuk Prestasi (KPI), Piagam Pelanggan serta Pelan Tindakan Fungsian dan Aras. Peserta terdiri daripada semua Ketua Bahagian dan Ketua Seksyen.
Tugasan diberikan mengikut tajuk KPI iDEC dan peserta telah dibahagikan kepada lima (5) kumpulan seperti berikut :
< Galeri gambar >
Tarikh Input: 20/04/2018 | Kemaskini: 24/04/2018 | nazlina
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan