Powered By IDEC - Kami Terserlah | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Powered by iDEC - Kami terserlah

Powered by iDEC - Kami terserlah

   

 

20 November 2024, Serdang: Pertandingan Koir Inter-PTJ sempena HKIP 2023/2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 November 2024 bertempat di Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM. Pertandingan ini dikelolakan telah oleh PKKSSAAS. 

Di antara kelebihan menyertai koir

  1. Meningkatkan Kemahiran Vokal
  2. Meningkatkan Kemahiran Mendengar
  3. Kerjasama dan Kerja Berpasukan
  4. Kepuasan Emosional
  5. Peningkatan Keyakinan Diri
  6. Penguasaan Muzik dan Teori Muzik
  7. Penglibatan dalam Aktiviti Sosial
  8. Kebugaran Fizikal
  9. Pengurangan Stres
  10. Pengalaman Pentas dan Persembahan

 

Menyertai koir memberikan manfaat bukan hanya dari sudut muzik tetapi juga dari segi perkembangan diri, sosial, dan kesihatan mental.

Dengan penuh debaran, keputusan telah diumumkan sempena Majlis Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2023/2024 pada 20 November 2024. Senarai nama pemenang dan anugerah sampingan adalah seperti berikut:

  1. Johan dan Persembahan Terbaik: D'Ritma, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS)
  2. Naib Johan, Komitmen PTJ terbaik, Busana Terbaik dan Ciptaan Lirik Terbaik : Ecovoice, Fakulti Ekologi Manusia (FEM)
  3. Tempat Ketiga dan Ciptaan Lagu Terbaik: Surreptitious, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)

 

Tahniah diucapkan kepada iDEC dan semua PTJ kerana telah menyertai pertandingan ini!!

 

Lirik lagu:

Kami di sini, setiap hari berkhidmat

Merancang langkah ICT, untuk masa depan yang hebat

Dengan tekad dan usaha, kami bina strategi

Meneroka inovasi, demi universiti.

 

Dalam setiap cabaran, kami tak pernah gentar

Memastikan sistem berjalan, lancar dan gemilang

Kami bangunkan aplikasi, memudahkan setiap hari

Dari staf hingga pelajar, semua jadi harmoni.

 

Man behind the screens

Every plan every scene

Making magic from machines

Powered by iDEC, we are seen

 

Dengan dedikasi kami, keamanan siber dijaga

Maklumat terpelihara, semua di bawah kawalan kita

Rancangan di tangan, pelaksanaan dijamin

ICT UPM, terus memimpin.

 

Dalam setiap cabaran, kami tak pernah gentar

Memastikan sistem berjalan, lancar dan gemilang

Kami bangunkan aplikasi, memudahkan setiap hari

Dari staf hingga pelajar, semua jadi harmoni.

 

Man behind the screens

Every plan every scene

Making magic from machines

Powered by iDEC, we are seen

 

Dengan dedikasi kami, keamanan siber dijaga

Maklumat terpelihara, semua di bawah kawalan kita

Rancangan di tangan, pelaksanaan dijamin

ICT UPM, terus memimpin.

 

Bersama kita bangunkan, infrastruktur yang teguh

Teknologi canggih jadi asas, untuk semua jalur dan ruh

Pelaksanaan bijak tersusun, berfungsi dengan sempurna

ICT di UPM, menerangi dunia.

 

Man behind the screens

Every plan every scene

Making magic from machines

Powered by iDEC, we are seen

 

Dengan dedikasi kami, keamanan siber dijaga

Maklumat terpelihara, semua di bawah kawalan kita

Rancangan di tangan, pelaksanaan dijamin

ICT UPM, terus memimpin.

 

Man behind the screens

Every plan every scene

Making magic from machines

Powered by iDEC, we are seen

 

Dengan dedikasi kami, keamanan siber dijaga

Maklumat terpelihara, semua di bawah kawalan

iDEC ,staf bersatu, majukan universiti

Dengan ICT kami, masa depan pasti berseri.

Tarikh Input: 20/11/2024 | Kemaskini: 22/11/2024 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (11:13:33am-11:18:33am, 20 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]