Plogging Sempena Hari Malaysia | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Plogging sempena Hari Malaysia

Plogging sempena Hari Malaysia

13 September 2023, Serdang : Jawatankuasa EKSA iDEC dan Institut Penyelidikan Halal  telah bekerjasama dalam menjayakan aktiviti plogging bersempena Hari Malaysia sebagai salah satu aktiviti EKSA untuk tahun 2023. Aktiviti plogging ini melibatkan persekitaran InfoPort UPM dan iDEC Beta.

Aktiviti sejam yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini dimulai dengan agihan peralatan plogging seperti sarung tangan dan beg plastik sampah hitam kepada peserta. Seterusnya sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi EKSA iDEC, En. Mohd Shafree Ahmad dan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda kerjasama berpasukan. Selain daripada aktiviti membersihkan kawasan persekitaran InfoPort dan iDEC Beta, turut diberi tumpuan adalah kawasan tempat letak kereta dan sekeliling bangunan pejabat masing-masing.

Secara keseluruhannya aktiviti plogging ini telah berjaya mencapai objektif dalam memastikan kebersihan kawasan persekitaran InfoPort adalah usaha bersama antara semua komuniti di InfoPort.

Tarikh Input: 30/09/2023 | Kemaskini: 05/10/2023 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcEAD~

Hello!