Perkongsian Pelan Pendigitalan UPM 2021-2025 Untuk Pengurusan Tertinggi Universiti | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Perkongsian Pelan Pendigitalan UPM 2021-2025 untuk Pengurusan Tertinggi Universiti

Perkongsian Pelan Pendigitalan UPM 2021-2025 untuk Pengurusan Tertinggi Universiti

Serdang 17 Oktober, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah menghadiri sesi khas perkongsian Pelan Pendigitalan UPM 2021-2025 yang dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU). Mesyuarat yang telah diadakan di Pulse Grande Putrajaya, telah dihadiri oleh semua ahli LPU serta beberapa ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU).

Respon positif telah diterima daripada ahli di mana pelbagai projek dan aktiviti yang tersenarai akan dilaksanakan secara berfasa mengikut perancangan. Walau bagaimanapun, ahli juga memberikan pandangan supaya sistem asas utama dilaksanakan seberapa segera bagi memastikan kelangsungan proses dan aktiviti universiti.

Semoga dengan adanya Pelan Pendigitalan UPM 2021-2025 ini akan dapat menjayakan objektif pendigitalan di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi serta sektor awam.

 

Tarikh Input: 24/10/2023 | Kemaskini: 24/10/2023 | rizalkhanafie

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcGAh~

Hello!