Perkongsian Maklumat Pengujian Sistem Dan Pengurusan Data Strategik Universiti | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Perkongsian Maklumat Pengujian Sistem dan Pengurusan Data Strategik Universiti

Perkongsian Maklumat Pengujian Sistem dan Pengurusan Data Strategik Universiti

Bangi, Selangor; 28 November 2023: Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah mengadakan sesi lawatan ke Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi perkongsian berkaitan Quality Assurance dan Data Strategik.

Sesi yang diadakan ini telah disertai oleh 11 pegawai daripada iDEC UPM dan 6 pegawai daripada UKM. Pihak iDEC amat berbesar hati dengan kesudian pihak UKM menerima kunjungan ini dan di mana pelbagai maklumat berkaitan telah dikongsikan.

Maklumat yang ingin dikongsi adalah di bawah Kluster Infrastruktur dan Tadbir Urus Data yang diketuai oleh Cik Seri Manja Abdul Wahab. Pengujian sistem aplikasi dilaksanakan oleh Unit Pengajian Aplikasi dan Perundingan yang diketuai oleh Ahmad Najmi Ismail yang mempunyai seramai 9 orang staf. Sesi ujian aplikasi dilaksanakan dan segala penambahbaikan semasa UAT akan diperbaiki sebelum digunakan sepenuhnya. Uniknya di UKM, ahli pasukan pengujian aplikasi bukan dari bahagian yang melaksanakan Pembangunan aplikasi. Dengan pendekatan ini, setiap pasukan akan lebih fokus kepada tugasan masing-masing.

Data strategik universiti merupakan data yang akan membantu pihak pengurusan tertinggi universiti sebagai rujukan dalam membuat keputusan. Ia juga digunakan bagi tujuan ranking dan merupakan seliaan Pusat Strategik universiti. Pusat Teknologi Maklumat UKM akan membantu dari segi teknikal iaitu penyediaan portal dan integrasi data yang diperlukan. Pengurusan data strategik melibatkan beberapa entiti atau pusat tanggungjawab kerana data tidak boleh dipapar secara umum dan mempunyai klasifikasi tertentu. Klasifikasi ini perlu ditentukan oleh agensi dan perlu merujuk Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam.

Semoga dengan adanya perkongsian ini akan dapat memberikan manfaat dan membolehkan sebagai rujukan kepada pihak iDEC untuk penyusunan semula fungsi dan peranan.

Disediakan oleh:

Ts. Nor Azlina binti Zainal Abidin

Tarikh Input: 13/12/2023 | Kemaskini: 13/12/2023 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEbVAY~

Hello!