Perkongsian Ilmu Microsoft Word M365 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Perkongsian ilmu Microsoft Word M365

Perkongsian ilmu Microsoft Word M365

 

28 Jun 2022, Serdang : Seiring dengan pertambahan fungsi dan versi terkini Microsoft M365, latihan Microsoft Word M365 (lanjutan) telah diadakan bertujuan memberikan panduan kepada semua staf Universiti Putra Malaysia. Memandangkan jumlah komputer di Bilik Latihan Zetta yang terhad, hanya seramai 30 peserta daripada pejabat, pusat, institut dan fakulti telah menyertai Kursus Lanjutan Microsoft Word M365.

Peserta telah diajar bagaimana menyediakan laporan dengan menggunakan fungsi Table Of Contents, Caption, Heading Styles dan lain-lain. Penyediaan surat atau sijil untuk kuantiti yang banyak menjadi mudah dengan menggunakan fungsi Mail Merge. Akhir kursus, tips suntingan serta panduan lain telah dikongsikan oleh Ts. Norazlin Yusof yang merupakan pengajar.  

Universiti Putra Malaysia mempunyai lesen perisian M365 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia. Terdapat pelbagai lagi aplikasi selain Word, Power Point dan Excel yang ada di dalam M365. Warga UPM (staf dan pelajar) boleh muat turun perisian M365 melalui URL http://office.com di mana ID adalah menggunakan UPM-ID tetapi kata laluan berlainan. Sekiranya mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh merujuk dengan staf ICT di Seksyen ICT PTJ.

Tarikh Input: 30/06/2022 | Kemaskini: 05/07/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcOAK~

Hello!