Pengundian Pintar Menggunakan Putra®Voting | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pengundian Pintar Menggunakan Putra®Voting

Pengundian Pintar Menggunakan Putra®Voting

Serdang, 29 Mac 2021 : Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) di mana sesi mengundi untuk pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPP) 2021 menggunakan aplikasi Mobile Putra®Voting. Setinggi penghargaan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua warga iDEC yang telah bertungkus-lumus membangunkan Smart Putra®Voting.

Penglibatan iDEC bukan sahaja pada penyediaan aplikasi Putra®Voting juga merangkumi keseluruhan perjalanan pemilihan MPP bermula dari proses penamaan sehingga ke penjumlahan undi. Perkhidmatan bantuan atau Helpdesk semasa Hari Pengundian dilaksanakan, digerakkan secara virtual keseluruhannya. Ini membuktikan bahawa, dalam keadaan norma baharu semua pelaksanaan tugas boleh dilaksanakan tanpa alasan. Majlis Pelancaran Putra®Voting yang telah diadakan secara langsung (live) adalah garapan dan susun atur daripada warga iDEC sendiri.

Tarikh Input: 30/03/2021 | Kemaskini: 30/03/2021 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXETUA6~

Hello!