Pengukuhan Keupayaan Pengurusan Projek ICT | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pengukuhan keupayaan pengurusan projek ICT

Pengukuhan keupayaan pengurusan projek ICT

 

Serdang, 6 April 2026 – Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) bertanggungjawab dalam pengurusan projek ICT. Sehubungan itu, bagi memastikan pegawai sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan dan maklumat berkaitan, Seksyen Pengurusan Projek ICT (SPP), Bahagian Perancangan dan Governan ICT (BSG) telah menganjurkan Latihan Pengurusan Projek ICT.

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan projek agar lebih cekap dan berkesan. Inisiatif ini penting bagi memastikan setiap projek dapat dilaksanakan dan disiapkan mengikut skop, kos, tempoh masa serta kualiti yang telah ditetapkan.

Latihan ini telah diadakan di Bilik Latihan Exa dan Zetta, iDEC Alpha dengan penyertaan seramai 53 orang pegawai iDEC. Program ini dijayakan oleh dua orang penceramah iaitu Ts. Norazlin Yusof dan Ts. Juraidah Mohamad Amin. Selain itu, sesi latihan turut dilengkapi dengan kuiz bagi memastikan pemahaman peserta terhadap kandungan yang disampaikan.

Objektif kursus adalah seperti berikut:

  1. Mengenal pasti fasa-fasa dalam pengurusan projek ICT berdasarkan Metodologi PPrISA.
  2. Memperkukuh keupayaan pegawai dalam pengurusan projek ICT secara profesional dan berkesan.
  3. Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek serta menyumbang kepada pencapaian prestasi organisasi secara menyeluruh.

Pihak SPP berharap agar latihan ini dapat memperkasa pegawai dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan dalam pengurusan projek ICT.

Tarikh Input: 26/04/2026 | Kemaskini: 26/04/2026 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (03:42:48am-03:47:48am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]