Pengujian Penerimaan Pengguna (UAT) - Projek Transformasi Sumber Manusia | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pengujian Penerimaan Pengguna (UAT) - Projek Transformasi Sumber Manusia

Pengujian Penerimaan Pengguna (UAT) - Projek Transformasi Sumber Manusia

Serdang, 7 Ogos 2020: Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah menganjurkan sesi Pengujian Penerimaan Pengguna (UAT) - Projek Transformasi Sumber Manusia bertempat di Bilik Latihan Exa, iDEC UPM. Pengujian dilaksanakan untuk Sistem Lapor Diri Pekerja dan Sistem Permohonan Jawatan - Lantikan Semula Kontrak (Pelanjutan). Kedua-dua sistem ini merupakan sebahagian dari projek Transformasi Sumber Manusia yang dibangunkan secara berperingkat bagi menggantikan Sistem e-IHRAMS yang sediaada.  Pembangunan projek Transformasi Sumber Manusia dilaksanakan secara dalaman (in-house).

Pengujian Penerimaan Pengguna (UAT) ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) dengan penglibatan pemilik sistem iaitu Pejabat Pendaftar serta Bahagian Pengoperasian Aplikasi (BOA), iDEC. Sebarang maklum balas atau permasalahan yang dihadapi semasa sesi ini direkodkan dan akan diambil tindakan selanjutnya bagi memastikan sistem dapat digunakan dengan baik secara rasminya nanti.

 

Tarikh Input: 07/08/2020 | Kemaskini: 10/08/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
C1600556622