Penghayatan 'Ramadan, Andai Kau Pergi' Suntik Semangat Ibadah Warga IDEC | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Penghayatan 'Ramadan, Andai Kau Pergi' Suntik Semangat Ibadah Warga iDEC

Penghayatan 'Ramadan, Andai Kau Pergi' Suntik Semangat Ibadah Warga iDEC

 

 

Serdang, 6 Mac 2026 – Kelab Kebajikan dan Rekreasi iDEC (KRiDEC) telah berjaya menganjurkan program Tazkirah Ramadan bertajuk "Ramadan, Andai Kau Pergi" sebagai salah satu pengisian rohani buat warga Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM). Program yang berlangsung secara hibrid ini diadakan di Ruang Legar iDEC Gamma dan aplikasi Google Meet.

Penceramah jemputan untuk sesi perkongsian ini adalah Al-Fadhil Ustaz Muhammad Norhisyam bin Nordin, Imam Masjid UPM yang telah berkongsi mengenai penghayatan bulan Ramadan. Hargai setiap detik yang berbaki dengan meningkatkan kualiti ibadah, seolah-olah ini merupakan Ramadan terakhir buat setiap individu sebelum ia melabuhkan tirai.

Antara pengisian utama yang turut dikongsikan adalah mengenai adab dan amalan mulia, termasuklah kepentingan memberi manfaat kepada orang lain. Usaha membantu sesama manusia disifatkan mempunyai keutamaan yang besar, malah lebih utama daripada beriktikaf sebulan penuh di Masjid Nabawi. Penekanan turut diberikan kepada usaha memperbanyakkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sepanjang bulan mulia ini.

Sesi perkongsian diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Norhisyam bin Nordin. Penganjuran program ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada warga iDEC untuk terus konsisten dalam melaksanakan amalan kebaikan serta mengekalkan kualiti kerja yang cemerlang sepanjang Ramadan.

Tarikh Input: 30/03/2026 | Kemaskini: 31/03/2026 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (05:46:31pm-05:51:31pm, 25 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]