PENGERUSI LPU UPM SANTUNI WARGA iDEC DALAM SESI MEET & GREET
SERDANG, 12 Jun 2026 – Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan YBhg. Dato’ Sri Jailani bin Johari, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPM menerusi program Sesi Meet & Greet Pengerusi LPU bersama warga iDEC yang berlangsung di Bangunan iDEC Alpha, Gamma dan Sigma.
Program dimulakan dengan sesi ucapan aluan oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, Ketua Pegawai Digital (CDO) merangkap Pengarah iDEC, diikuti sesi interaksi dan pembentangan halatuju strategik iDEC yang memberi gambaran menyeluruh mengenai peranan serta perancangan transformasi digital universiti.
Delegasi Pengerusi LPU turut dibawa melawat fasiliti di Bangunan iDEC bagi melihat sendiri ekosistem teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong operasi serta agenda pendigitalan UPM. Lawatan ini memberikan peluang kepada delegasi untuk memahami dengan lebih dekat fungsi dan inisiatif yang dilaksanakan oleh iDEC dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan ICT universiti.
Kemuncak program ialah sesi interaksi bersama wakil-wakil staf iDEC mengikut bahagian dan seksyen yang berlangsung dalam suasana mesra dan terbuka. Sesi tersebut menjadi platform kepada warga iDEC untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta aspirasi dalam memperkasakan perkhidmatan digital dan inovasi ICT di UPM.
Program diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama Pengerusi LPU, Ahli Pengurusan dan seluruh warga iDEC sebagai simbolik semangat kebersamaan dan komitmen seluruh warga kerja dalam merealisasikan aspirasi pendigitalan universiti.
Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat antara pihak pengurusan universiti dan warga iDEC, seterusnya memperkukuh usaha “Bersama Memacu iDEC ke Arah Kecemerlangan Digital UPM” demi kecemerlangan Universiti Putra Malaysia.
#UPM #iDECUPM #DigitalUPM #MeetAndGreet #PengerusiLPU #TransformasiDigital #BerilmuBerbakti
Tarikh Input: 13/06/2026 | Kemaskini: 13/06/2026 | m_radzi

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan