Pengarah IDEC Menyantuni Warga BPA | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pengarah iDEC menyantuni Warga BPA

Pengarah iDEC menyantuni Warga BPA

 

18 April 2023, Serdang : Majlis Ramah Mesra Pengarah iDEC, Ts. Mohd Faizal Daud bersama Warga Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) telah diadakan bagi mengeratkan hubungan antara Pengurusan iDEC dan Warga BPA.  Majlis ini telah dihadiri seramai 48 orang staf BPA bertempat di Ruang Legar iDEC Gamma. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Putra Gemilang dan Bacaan Doa. Taklimat ringkas oleh Ketua Bahagian dan Pengurus Projek berkaitan kemajuan projek dan isu semasa bahagian juga diadakan untuk makluman semua yang hadir Isu berkaitan keperluan dan kemudahan staf serta pembangunan projek komersial banyak disentuh dalam pertemuan ini. Hasil pertemuan ini diharap menjadi pemangkin kepada BPA untuk terus komited dalam menghasilkan karya terbaik dalam pembangunan aplikasi bukan sahaja di peringkat UPM malahan di peringkat kebangsaan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati Aidilfitri kepada semua warga BPA yang hadir dan sesi bergambar.

 

Disediakan oleh: Ts. Juraidah Mohd. Amin

Tarikh Input: 12/05/2023 | Kemaskini: 22/06/2023 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcEAJ~

Hello!