Penerangan Implementasi Sistem Kawalan Capaian Rangkaian UPMNET | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Penerangan Implementasi Sistem Kawalan Capaian Rangkaian UPMNET

Penerangan Implementasi Sistem Kawalan Capaian Rangkaian UPMNET

  

Khamis 11 Mei 2017, Bahagian Infrastruktur ICT (BIT), iDEC memberi penerangan kepada ketua bahagian dan ketua seksyen iDEC berkenaan implementasi Sistem Kawalan Capaian Rangkaian UPMNET di UPM Kampus Serdang. Penerangan di iDEC Epsilon ini adalah sebagai persediaan kepada kesemua ketua bahagian dan ketua seksyen bagi memberikan sokongan teknikal dan konsultansi kepada pengguna sistem rangkaian UPM.

Implementasi Sistem Kawalan Capaian Rangkaian UPMNET akan memberikan impak kepada pengguna sistem rangkaian UPM yang akan mengakses Internet kerana mereka perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan UPM-ID bagi membolehkan capaian ke Internet. Perubahan ini mungkin akan mengelirukan pengguna, lantaran itu Bahagian Infrastruktur (BIT), iDEC melaksanakan persediaan awal memberikan penerangan sebagai input pengetahuan asas kepada ketua sekysen untuk membantu pengguna sekiranya dirujuk.

Tarikh Input: 09/10/2017 | Kemaskini: 12/10/2017 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
CVMZRsi:17:44