Penentuan Arah Kiblat IDEC Bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC) idec
» BERITA » Penentuan Arah Kiblat iDEC Bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor

Penentuan Arah Kiblat iDEC Bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor

17 Julai 2025, Serdang – Program Penentuan dan Pengesahan Arah Kiblat bagi ruang solat di bangunan iDEC telah berjaya dilaksanakan pada Khamis, 17 Julai 2025. Program anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi iDEC (KRiDEC) ini melibatkan kehadiran petugas dari Jabatan Mufti Negeri Selangor yang menjalankan semakan di kesemua bangunan iDEC: iDEC Alpha, iDEC Gamma, iDEC Sigma dan iDEC Beta.

Seramai empat petugas hadir bagi menjalankan semakan yang bermula sekitar jam 11.00 pagi dan selesai menjelang 3.00 petang. Proses dijalankan secara teliti menggunakan koordinat lokasi, alat laser alignment, protractor, serta kertas lakaran arah kiblat yang dilukis secara manual. Setiap semakan turut diiringi oleh staf wakil bangunan masing-masing.

Program ini merupakan inisiatif KRiDEC bagi memastikan arah kiblat di ruang-ruang solat iDEC ditentukan dengan tepat dan sahih oleh pihak berautoriti, selaras dengan ketetapan syarak. Usaha ini mencerminkan keprihatinan iDEC terhadap keperluan asas ibadah warganya.

KRiDEC merakamkan penghargaan kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor atas kesudian hadir serta kepada semua wakil bangunan yang telah memberi kerjasama sepanjang sesi. Diharapkan semakan ini dapat memberikan keyakinan dan manfaat berterusan kepada warga iDEC dalam menunaikan ibadah.

 

Disediakan oleh:
Mohamad Azimin Mohd Azizi
Bahagian Operasi Aplikasi

Tarikh Input: 28/07/2025 | Kemaskini: 21/08/2026 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (03:08:10am-03:13:10am, 04 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]