Penarafan Bintang Pengurusan Laman Web 2019 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Penarafan Bintang Pengurusan Laman Web 2019

Penarafan Bintang Pengurusan Laman Web 2019

 

15 Oktober 2019, Bilik Latihan Exa, iDEC Alpha UPM - Sesi penilaian laman web PTJ UPM telah diadakan pada 15 Oktober 2019 bertempat di Bilik Latihan Exa dan Zetta di iDEC Alpha, Putra Infoport UPM bermula dari 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Pelaksanaan anugerah sempena HKIP UPM 2019 akan diadakan pada 22 November 2019 akan datang. Sebanyak 14 hadiah atau anugerah akan dipertandingkan dan di antaranya adalah Anugerah Pengurusan Laman Web.

Pusat Jaminan Kualiti (CQA) selaku penyelaras HKIP2019 telah melantik Encik Mohd Shafree Ahmad (iDEC) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Penarafan Bintang Pengurusan Laman Web PTJ. Dengan dibantu oleh 20 orang Ahli Jawatankuasa yang lain, beliau akan menguruskan proses penilaian Laman Web PTJ UPM dalam penentuan pemenang Anugerah Pengurusan Laman Web. 

Aktiviti utama yang dilaksanakan dalam proses penarafan ini adalah Sesi Penilaian Laman Web PTJ UPM yang melibatkan hampir 70 orang panel penilai. Panel penilai yang dilantik adalah di kalangan staf UPM dan kebanyakannya adalah Pentadbir Sistem Pengurusan Laman Web (SPEL) yang telah mengesahkan persetujuan penglibatan mereka.

Bagi memastikan kelancaran proses penilaian, sesi taklimat bagi menerangkan kaedah penilaian dan penggunaan sistem kepada panel penilai laman web PTJ UPM (HKIP 2019) telah diadakan pada 10 Oktober 2019 bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, UPM. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Shafree Ahmad.

Tarikh Input: 25/10/2019 | Kemaskini: 25/10/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXETQAb~

Hello!