Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2017 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2017

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2017

  

Pada Selasa 26 September 2017, Hari Pembuangan Undi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM telah berlangsung di UPM dan ia melibatkan Kampus Serdang dan Kampus Bintulu. Sebanyak 3 zon pengundian (Kampus Serdang) dan 1 zon pengundian (Kampus Bintulu dibuka untuk proses pengundian yang melibatkan sejumlah 24,865 mahasiswa UPM. Zon pengundian ini melibatkan Dewan Putra Kolej 13, Makmal Komputer Fakulti Kejuruteraan dan Makmal Komputer Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan bagi Kampus Serdang. Manakala Dewan Sidang UPMKB digunakan sebagai zon pengundian bagi kampus Bintulu.

Pengundian bagi pemilihan MPP UPM ini dijalankan secara atas talian menggunakan Sistem eUNDI yang telah dibangunkan oleh IDEC. Ia dilaksanakan dalam segmen rangkaian komputer yang khusus untuk proses pengundian ini bagi menjamin keselamatan data dan integriti sistem. Proses pengundian ini bermula kira-kira jam 9.00 pagi dan ditamatkan pada jam 4.30 petang. Proses pengiraan dan pengumuman keputusan tidak rasmi dijalankan sejurus selepas proses pengundian.  

Tahun 2017 merupakan tahun ke 15, Sistem eUNDI digunakan sebagai enjin bagi proses pengundian Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM. Bermula pada tahun 2002, sistem eUNDI telah melalui beberapa transformasi penambahbaikan sejajar dengan perubahan teknologi komputer dan pengaturcaraan. IDEC meraikan sambutan ulang tahun ke 15 ini dengan penayangan montaj eUNDI diawal proses penjumlahan undi.

Tarikh Input: 11/10/2017 | Kemaskini: 11/10/2017 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
CVMZRar:17:26