Pemetaan Rajah EA Menggunakan Archi | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pemetaan Rajah EA menggunakan Archi

Pemetaan Rajah EA menggunakan Archi

4 Februari 2025, Serdang - Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah menganjurkan Kursus Bahasa Pemodelan Enterprise Architecture (EA) yang dihadiri oleh 35 orang pegawai. Pegawai yang telah menyertai kursus ini telah dicalonkan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) serta Ketua-Ketua Pentadbiran yang berkaitan dengan Akademik di Universiti Putra Malaysia. Peserta juga adalah dari kalangan pegawai iDEC yang merupakan pasukan data, aplikasi dan teknologi.

Susulan daripada Bengkel Penentuan Skop EA yang telah diadakan pada 7 Januari 2025, skop awal yang telah dipersetujui adalah berkaitan urusan akademik pelajar UPM. Maklumat berkaitan kitar hayat pelajar UPM disediakan dan menjadi sebagai rujukan atau kajian kes semasa sesi kursus diadakan. Kursus telah menerangkan berkaitan mengenai konsep asas bahasa pemodelan Archimate dan kaitannya dengan rangka kerja Enterprise Architecture dengan betul. Pemetaan rajah EA mengikut bahasa pemodelan ArchiMate dengan betul telah dapat dihasilkan dengan menggunakan kajian kes.

Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Ts. Esmawaty Mohamad yang merupakan pengajar dan perunding latihan daripada Institut Tadbiran Negara (INTAN). Semoga peserta dalam mengaplikasikan ilmu yang telah diberikan dalam pelaksanaan pembangunan EA UPM.

 

Tarikh Input: 17/02/2025 | Kemaskini: 17/02/2025 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (03:57:38am-04:02:38am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]