Pemerkasaan Pendigitalan Universiti | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pemerkasaan Pendigitalan Universiti

Pemerkasaan Pendigitalan Universiti

15 Mei 2024, Serdang: Bagi memastikan kesinambungan pelan pendigitalan UPM, Bengkel Pelan Transfomasi Pendigitalan UPM telah diadakan bertempat di Putra®Smart Classroom. Bengkel ini turut disertai oleh jemputan khas iaitu mantan Pengarah-pengarah iDEC, Prof Madya Ts. Dr. Fatimah Sidi, Dr. Khairulmizam Samsudin, Ts. Mohd. Faizal Daud, Timbalan-timbalan Pengarah serta semua Ketua Bahagian iDEC.

Dimulakan dengan sesi taklimat oleh Ketua Pegawai Digital (CDO), Profesor Ts. Dr. M Iqbal Saripan berkaitan asas dalam penyediaan pelan dan apakah hasil yang diperlukan pada sesi akhir bengkel.

Universiti Putra Malaysia telahpun melaksanakan beberapa program dan inisiatif pendigitalan bermula pada tahun 2021 dan masih diteruskan sehingga kini. Program sedia ada akan diperkasakan lagi dan beberapa lagi program transformasi pendigitalan akan dilaksanakan. Semoga segala usaha dan matlamat akan tercapai!

Tarikh Input: 21/05/2024 | Kemaskini: 21/05/2024 | zalaz

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (05:11:47am-05:16:47am, 09 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]