Pemantapan Tadbir Urus ICT UPM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pemantapan Tadbir Urus ICT UPM

Pemantapan Tadbir Urus ICT UPM

Serdang, 24 Oktober 2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JKTMK) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan pada 24 Oktober 2024, bertempat di Bilik Sri Amar, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, Timbalan Pengarah (Dasar dan Pendigitalan ICT) selaku menjalankan tugas Ketua Pegawai Digital iDEC serta dihadiri oleh ahli dari pelbagai PTJ.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan pembangunan dan penyelarasan teknologi maklumat di UPM termasuk strategi peningkatan infrastruktur IT dan langkah-langkah keselamatan siber. Beberapa keputusan penting telah diambil bagi memperkukuhkan sistem teknologi maklumat universiti serta memperbaiki kualiti perkhidmatan digital kepada warga kampus.

Mesyuarat ini juga menjadi platform untuk memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru dalam teknologi pendidikan dan penyelidikan di UPM, selaras dengan visi universiti untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf dunia dalam bidang teknologi dan inovasi.

 

Disediakan oleh: Mohd. Radzi Mahidin

Tarikh Input: 30/10/2024 | Kemaskini: 12/11/2024 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (12:25:39am-12:30:39am, 20 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]