Pemantapan Kualiti Perkhidmatan ICT Melalui Kajian Kepuasan Pelanggan | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pemantapan Kualiti Perkhidmatan ICT melalui kajian kepuasan pelanggan

Pemantapan Kualiti Perkhidmatan ICT melalui kajian kepuasan pelanggan

5 Julai 2022, Serdang : Kepuasan Pelanggan merupakan aspek penting bagi agensi atau penyedia perkhidmatan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan. Jawatankuasa Maklum Balas Pelanggan, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) mengambil inisiatif melaksanakan Bengkel Semakan Soalan Kajian Kepuasan Pelanggan untuk diedarkan kepada warga Universiti Putra Malaysia.

Semua perkhidmatan perlu mendapatkan maklum balas bagi tujuan penambahbaikan berterusan. Terdapat 27 soalan secara keseluruhan yang meliputi keseluruhan perkhidmatan ICT di UPM. Walau bagaimanapun, semakan semula soalan telah dilaksanakan dan terdapat perubahan kepada jumlah soalan.

 

Tarikh Input: 05/07/2022 | Kemaskini: 08/08/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcQAR~

Hello!