Pelancaran Smart Putra®Bus | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pelancaran Smart Putra®Bus

Pelancaran Smart Putra®Bus

 

 

SERDANG, 30 Disember 2020 : Keterlihatan iDEC di penghujung tahun 2020 diteruskan lagi dengan kejayaan Pelancaran SMART PUTRA®BUS sempena Majlis Pra Pelancaran dan Perasmian Logo Sambutan Perayaan Jubli Emas UPM yang telah disempurnakan oleh YBhg. Naib Canselor UPM bersama Pengerusi Lembaga Pengarah UPM.  

Putra®Bus merupakan 'mobile apps ' yang mengoptimasikan jadual pergerakan bas kampus, mengesahkan penumpang, merekod jumlah penumpang secara 'live' ke pusat kawalan. Dengan adanya akses ke masa nyata perjalanan bas kampus ini, pelajar dapat mengetahui maklumat pergerakkan bas, ketibaan dan perlepasan seterusnya memudahkan mereka merancang perjalanan urusan pengkuliahan masing-masing. Putra®Bus juga turut sama memberi perkhidmatan jalur lebar secara percuma kepada penumpang di dalam bas.

Ucapan penghargaan terima kasih kepada Pasukan Putra®Bus - Zahar, Ts. Azizi, Ts. Saiful, Jamal dan Arif serta pasukan Pusat Data atas usaha Pendigitilan Kampus Pintar ini melalui aplikasi Putra®Bus.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Pengurusan iDEC serta warga iDEC atas sokongan dan dokongan dalam membantu memperkasakan inisiatif Smart Campus UPM ini.

Terima kasih Tahun 2020...... iDEC terus keterlihatan di tahun 2021.

 

'Smart, Secured, Safe, Shared, Seamless'

#poweredbyidec

#teamsmartcampus

Tarikh Input: 06/01/2021 | Kemaskini: 06/01/2021 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXETWA6~

Hello!