Pelaksanaan Pendigitalan Aplikasi Smart Putra Presence | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pelaksanaan Pendigitalan Aplikasi Smart Putra Presence

Pelaksanaan Pendigitalan Aplikasi Smart Putra Presence

 

Serdang, 27 Oktober 2022 : 

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah melancarkan Smart Putra®Presence sempena Majlis Penyerahan Peranti Siswa yang disempurnakan oleh YB. Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) pada 27 Oktober 2022. 

Smart Putra®Presence merupakan penjenamaan semula Putracome yang telah dinaiktaraf kepada aplikasi mobile bagi merekod, mengesahkan dan melaporkan statistik kehadiran secara live berasaskan persekitaran telefon pintar yang dilengkapi dengan sistem kawalan pengenalan identiti UPMID dan boleh dicapai oleh pengguna melalui Android dan iOS.

Berdasarkan ketetapan rumusan Bengkel Hala Tuju iDEC Siri 1 pada 15 September 2022, pelaksanaan penggunaan Smart Putra®Presence ini telah diputuskan bermula pada 14 November 2022.

Warga iDEC adalah disaran menggunapakai aplikasi ini secara web melalui URL https://putrapresence.upm.edu.my sebelum versi mobile boleh mula dimuat turun melalui mobile.upm.edu.my.

 

Disediakan oleh :

Rizal Razak,Ketua Bahagian Kampus Pintar dan Pendigitalan

iDEC UPM 

 

Tarikh Input: 04/11/2022 | Kemaskini: 05/10/2023 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDdAAJ~

Hello!