Pegawai IDEC Menimba Pengalaman Bersama CIO USM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pegawai iDEC menimba pengalaman bersama CIO USM

Pegawai iDEC menimba pengalaman bersama CIO USM

1 Ogos 2023, Delegasi iDEC seramai 23 orang dari  12 pegawai kumpulan pengurusan dan 11 pegawai pelaksana yang juga sebahagiannya merupakan penerima Anugerah Golden Keyboard Award 2023 telah berpeluang menimba pengalaman dan inspirasi bersama CIO USM, Prof. Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, yang juga merupakan mantan Naib Canselor USM berkaitan pengurusan ICT di USM.  Bersama sepanjang perkongsian dan perbincangan tersebut adalah Pengarah Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT), Encik Ahmad Fadhlul Irham bin Yusoff dan staf dari Seksyen Aplikasi USM.  Sesi perkongsian ini dilaksanakan di Dewan Seminar MAPITA, Kompleks EUREKA USM, Pulau Pinang. 

Perbincangan dua hala ini berkisar tentang pengurusan dan pembangunan sistem aplikasi dan perkhidmatan ICT yang disediakan di PPKT.  Pengurusan sistem kewangan dan sistem kesihatan menjadi topik hangat dalam sesi perkongsian ini.  Perkhidmatan komersialan yang menyumbang kepada penjanaan pendapatan juga disentuh dalam perbincangan ini.  Sesi perkongsian tamat kira-kira pada jam 1 petang dan diakhiri dengan acara penyerahan cenderahati dari kedua-dua pihak. 

Disediakan oleh:
Ts. Juraidah Mohamad Amin
Pengurus Progam Lawatan iDEC ke UA Zon Utara 2023

Tarikh Input: 18/08/2023 | Kemaskini: 05/10/2023 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcEA6~

Hello!