Patuh Etika Semasa Bertugas | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Patuh etika semasa bertugas

Patuh etika semasa bertugas

 

 

Serdang, 12 Ogos 2022 : Sebagai penjawat awam, kita perlu mengutamakan sikap integriti dalam menjalankan amanah dan kuasa yang diberikan demi kepentingan umum dan tidak disalahgunakan untuk kepentingan diri. Memberikan keutamaan kepada kepentingan awam apabila berlaku konflik. Menghayati sepenuhnya ikrar integriti perkhidmatan awam yang antaranya membenci rasuah, mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dan bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang serta mengganggu gugat integriti dan imej penjawat awam.

Profesor Madya Ts. Dr. Fatimah Sidi telah mengingatkan kepada semua staf iDEC supaya dapat memastikan integriti dalam perkhidmatan di antaranya perakam waktu, keberadaan di pejabat serta memohon cuti mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan komitmen sepanjang tugasan dan 31 Ogos 2022 merupakan tarikh akhir sebagai Pengarah di iDEC.

Terima kasih di atas segalanya. Teruskan kecemerlangan iDEC!

 

Disediakan oleh : Ts. Nor Azlina Zainal Abidin

Tarikh Input: 16/08/2022 | Kemaskini: 23/08/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcVAk~

Hello!