

4 – 6 Julai 2025, Serdang: Pasukan Pembangunan PutraSIMS telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS). Lawatan ini bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan modul PutraSIMS kepada staf di UPMS dan menyokong penganjuran Open Day yang diadakan pada 5 Julai 2025. Open Day ini memberi peluang kepada calon yang layak terus mendaftar masuk ke program Pra-Diploma dan Diploma (kes khas) melalui PutraSIMS.
Lawatan selama 2 hari ini di ketuai oleh Ketua Teknikal Pembangunan PutraSIMS iaitu Encik Norhezrulsham Bin Muhamad Nodin dan disertai oleh 5 pegawai lain iaitu Encik Mohamad Illyas Md Yasin, Puan Noor Nadhiya Mohammad, Puan Noor Izzati Buharan Nordin, Puan Nazila Ya’acob dan Puan Siti Hadijah A.Rahim.
Hasil daripada lawatan kerja ini, beberapa isu dan keperluan berkaitan PutraSIMS yang dikenal pasti dapat diberikan penyelesaian dan tindakan susulan. Kerjasama erat antara pasukan pembangunan iDEC dan warga UPMS juga dapat memperkukuh penyelarasan keperluan sistem, khususnya bagi menyokong proses kemasukan pelajar di Kampus Bintulu.
Secara keseluruhannya, lawatan kerja ini mencerminkan komitmen iDEC dalam memastikan sistem PutraSIMS terus menyokong keperluan operasi universiti secara berkesan. Penggunaan sistem yang lebih optimum diharapkan dapat memudahkan pengurusan kemasukan pelajar, mempertingkat kecekapan proses kerja serta menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan ICT di UPMS.
Disediakan oleh:
Ts. Juraidah Mohamad Amin
Ketua Bahagian Pembangunan Aplikasi
Tarikh Input: 28/07/2025 | Kemaskini: 21/08/2026 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan