Next-Gen Professionals Worskhop - Pioneering Standards And Conformance In Emerging Technologies | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Next-Gen Professionals Worskhop - Pioneering Standards and Conformance in Emerging Technologies

Next-Gen Professionals Worskhop - Pioneering Standards and Conformance in Emerging Technologies

 

19 November 2024, Putrajaya: Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah menganjurkan program Next-Gen Professionals Workshop: Pioneering Standards and Compliance in Emerging Technologies di Hotel DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside yang dirasmikan oleh Pn. Nor Latifah Hussin, Pengarah Perancangan Strategik, JSM. Program tersebut telah dihadiri oleh pelajar tahun akhir daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta.   

Topik pembentangan adalah seperti berikut:

  1. Malaysia's National Artificial Intelligence (AI) Roadmap - Puan Nik Siti Fadilah Yaacob (MOSTI)
  2. New Generation of Professionals AI & Cyber Security - Encik Nazri Ahmad Zamani (Cyber Security Malaysia)
  3. Standards for New and Emerging Technologies at International Fora dan Impact Study of AI - Profesor Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef (Universiti Putra Malaysia dan Ahli TC 17 - Artificial Intelligence
  4. Digital and Green Economy on the Malaysian Workforce - Puan Syaza Nazura Noor Azmi (TalentCorp)

 

Agensi berikut adalah agensi yang terlibat dalam penyediaan dasar peringkat kebangsaan mengenai AI di Malaysia:

  1. Jawatankuasa Kerja National Blockchain and AI, MOSTI
  2. Jawatankuasa Standard AI, Jabatan Standard
  3. Kementerian Digital Negara
  4. Jabatan Digital Negara
  5. Jabatan Kecerdasan Buatan Negara

 

Senarai piawaian berkaitan AI untuk rujukan:

 

 

Kesimpulannya, piawaian AI disediakan bertujuan bagi memastikan pematuhan perkara seperti berikut:

  1. Asas: Memahami konsep AI, terminologi dan proses kitaran hayat
  2. Pengurusan Data: Memastikan kualiti data dan pengurusan kitaran hayat data yang berkesan
  3. Etika dan Amanah: Menangani keadilan, berat sebelah dan kesan sosial AI
  4. Kekukuhan Sistem: Menilai dan meningkatkan kebolehpercayaan AI dan mengurangkan risiko
  5. Tadbir Urus: Mengurus sistem AI dan memastikan akauntabiliti organisasi

Tarikh Input: 21/11/2024 | Kemaskini: 21/11/2024 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (02:43:26am-02:48:26am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]