Mudahnya Google Form , Cepatnya E-sijil | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Mudahnya Google Form , cepatnya E-sijil

Mudahnya Google Form , cepatnya E-sijil

 

UPM Serdang, 28 Oktober 2021 : Google Form adalah aplikasi yang merupakan sebahagian daripada suite Editor Dokumen Google berasaskan web percuma yang ditawarkan oleh Google. Bagaimana ia dapat digunakan dalam tugasan seharian sebagai staf di Universiti Putra Malaysia? Tidak kira anda adalah pegawai akademik, pegawai pengurusan dan profesional ataupun pelaksana, aplikasi ini memudahkan urusan bagi mendapatkan maklum balas yang diperlukan.

Google Form digunakan secara meluas bagi mendapatkan maklum balas berkaitan penyelidikan, maklumat staf atau pelajar, kajian kepuasan pelanggan, penilaian perkhidmatan serta latihan. Disertakan dengan senarai maklum balas dalam format Google Sheet, pengguna akan dapat menyimpan senarai tersebut dalam format Excel sekiranya dimuat turun dalam komputer.

Setiap kursus atau latihan yang diadakan, memerlukan sijil dalam bentuk salinan lembut (softcopy) sebagai bukti kehadiran dan tamat kursus. Penggunaan add-on dalam Google Sheet membolehkan urus setia menyediakan sijil secara atas talian. Terdapat beberapa pilihan add-on untuk menyediakan e-sijil. Kali ini, pengajar berkongsi bagaimana menggunakan Autocrat.

Semoga kursus memberikan manfaat kepada semua peserta dan dapat diaplikasikan dalam tugasan.

Tarikh Input: 17/12/2021 | Kemaskini: 17/12/2021 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcXAw~

Hello!