Mesyuarat Agung Tahunan KRiDEC Kali Ke-8 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Mesyuarat Agung Tahunan KRiDEC Kali Ke-8

Mesyuarat Agung Tahunan KRiDEC Kali Ke-8

23 Januari 2025, Serdang – Kelab Kebajikan & Rekreasi iDEC (KRiDEC) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan KRiDEC kali ke-8 bertempat di Auditorium Jurutera Radin Omar, Fakulti Kejuruteraan UPM.  

 

Mesyuarat dimulai dengan bacaan doa dan tayangan video aktiviti KRiDEC Sesi 2023/2025.  Antara agenda utama mesyuarat adalah pengesahan minit Mesyuarat Agung Tahunan KRiDEC kali ke-7, pembentangan perkara berbangkit minit Mesyuarat Agung Tahunan KRiDEC kali ke-7, pembentangan dan meluluskan laporan kewangan KRiDEC berakhir 31 Disember 2024, pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) KRiDEC sesi 2023/2025, pelantikan AJK KRiDEC sesi 2025/2027 dan pembentangan usul.

 

Majlis turut menyampaikan penghargaan cenderamata kepada Juruaudit dan sijil penghargaan kepada AJK KRiDEC sesi 2023/2025. Majlis dimeriahkan dengan sesi cabutan hadiah bertuah kepada ahli mesyuarat yang hadir.

Tahniah diucapkan kepada barisan AJK baharu yang diketuai oleh Ts. Rostam Abu Bakar dan selamat menjalankan amanah yang diberikan oleh ahli-ahli KRiDEC.

 

Disediakan oleh:
Ts. Karmizan Zawawi
Bahagian Pembangunan Aplikasi
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)

Tarikh Input: 27/01/2025 | Kemaskini: 28/01/2025 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (08:16:15pm-08:21:15pm, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]