Meriah Lain Macam - Jom Raya IDEC 1446H | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Meriah Lain Macam - Jom Raya iDEC 1446H

Meriah Lain Macam - Jom Raya iDEC 1446H

 

 

24 April 2025, Serdang - "Meriah Lain Macam!" – Majlis Jom Raya iDEC 2025@1446H Disambut Penuh Gaya dan Mesra. Majlis Jom Raya iDEC 2025@1446H anjuran Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) dengan kerjasama erat Kelab Kebajikan dan Rekreasi iDEC (KRiDEC) telah berlangsung dalam suasana yang cukup meriah, penuh warna-warni dan semangat kekeluargaan. Berlangsung bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri UPM pada 24 April 2025, majlis kali ini tampil dengan konsep yang segar dan berbeza daripada kebiasaan, memberikan pengalaman baharu yang lebih eksklusif dan bermakna kepada semua tetamu yang hadir.

Antara tarikan utama yang mencuri tumpuan adalah sajian pelbagai menu istimewa yang membangkitkan selera, daripada Kambing Golek yang menjadi rebutan, Sate yang harum menggoda, Lemang 69 yang sinonim dengan keaslian rasa, Rendang Ayam yang empuk dan kaya rempah, hinggalah ke Nasi Arab yang menggamit rasa Timur Tengah. Tidak dilupakan, pelbagai juadah lain turut melengkapkan meja hidangan yang melimpah ruah.

Kehadiran warga iDEC dan tetamu undangan yang berpakaian indah serta suasana yang dihiasi dengan senyuman dan gelak tawa menjadikan majlis ini bukan sekadar sambutan, tetapi simbol ukhwah yang erat dan kenangan yang akan terus terpahat.

Ucapan Raya CDO Baju Raya Meletop (L) - Fadzli Baju Raya Meletop (W) - Yatie

 

Majlis turut diserikan dengan pertandingan berikut:

  1. Karaoke Raya
  2. Baju Raya Meletop
  3. Gerai Kebabom

 

Senarai Nama Pemenang 

  1. Gerai Kebabom : Pemenang BOA
  2. Karaoke Raya : Mohd. Haniff Jaafar & Nur Akhirah Syafa Aminuddin - Dua Insan 
  3. Baju Raya Meletop:
    • Mohd. Fadzli Ariffin (Kategori Lelaki)
    • Norhayati Rasmi (Kategori Wanita)

 

Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Biggest Loser iDEC 2025 dan senarai nama pemenang adalah seperti berikut:

Kategori Lelaki 

  1. Muhammad Hafiz Bin Atan (Pertama) 
  2. Ahmad Faizal bin Abdul Ghafar (Kedua)
  3. Norhezrulsham bin Muhammad Nodin (Ketiga) 

 

Kategori Wanita 

  1. Noor Ashikin Binti Mohamed Noh (Pertama) 
  2. Norfaizul Binti Abdul Aziz (Kedua) 
  3. Syazwani Binti Mohd Hatta (Ketiga)

 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga majlis ini akan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan staf iDEC. 

     
 
Gerai Kebabom - BOA Karaoke Raya - Haniff dan Syafa  

 

Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (09:54:41am-09:59:41am, 10 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]