![]() |
6 November 2024, Petaling Jaya - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (IDEC) telah mengadakan lawatan ke Pusat Pengalaman Kecerdasan Buatan CelcomDigi (AiX) di Kuala Lumpur. Lawatan ini memberi peluang kepada staf dan pelajar UPM untuk memahami dan menerokai teknologi terkini dalam kecerdasan buatan (AI) dan sambungan 5G yang mampu mengubah landskap digital masa kini. |
|
Pusat AiX ini menyediakan pengalaman imersif bagi para pelawat untuk mendalami aplikasi teknologi pintar, robotik, solusi Internet Benda (IoT), serta keupayaan rangkaian 5G yang semakin penting dalam pelbagai industri seperti pertanian, pembuatan, dan pengurusan bandar. Lawatan ini bukan sahaja membuka minda pelawat mengenai transformasi digital tetapi turut memberi gambaran mengenai potensi aplikasi teknologi ini dalam membantu institusi pendidikan. Langkah Ke Hadapan di Universiti Dengan kerjasama strategik bersama syarikat teknologi seperti CelcomDigi, universiti dapat menyokong perkembangan teknologi di Malaysia sambil membantu warga kampus lebih bersedia menghadapi masa depan digital yang pesat berubah. Celcomdigi telah bekerjasama dengan beberapa universiti lain terutamanya dalam metaverse. Mereka mempunyai program untuk melatih dan memperakui peserta untuk pembangunan kandungan metaverse. Lawatan telah memberikan pendedahan dan maklumat berkaitan penggunaan pengalaman digital. Semoga UPM akan terus mengorak langkah bagi memperkasa pendigitalan universiti.
Disediakan oleh: Ts. Saiful Ramadzan Hairani |
|
Tarikh Input: 06/11/2024 | Kemaskini: 12/11/2024 | nazlina

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan