Memperkasa Perkhidmatan ICT Melalui Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC) idec
» BERITA » Memperkasa Perkhidmatan ICT melalui Teknologi Kecerdasan Buatan (AI)

Memperkasa Perkhidmatan ICT melalui Teknologi Kecerdasan Buatan (AI)

  7 Ogos 2024, Serdang: Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan bengkel “Sesi Libat Urus Keperluan Memperkasa Perkhidmatan ICT melalui Teknologi Kecerdasan Buatan (AI)” bertempat di Smart Classroom, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Bengkel ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi dalam memperkukuh peranan UPM sebagai pemacu transformasi AI dalam sektor pertanian, dengan fokus kepada keterjaminan makanan.

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM sedang merangka pembangunan platform AI yang bertujuan untuk menyokong pembuatan keputusan, penyelidikan, inovasi, serta pengajaran dan pembelajaran di UPM. Ini adalah langkah penting ke arah merealisasikan agenda keterjaminan makanan negara.

Pelbagai isu telah dibincangkan termasuk keperluan infrastruktur berprestasi tinggi, integrasi data pertanian, serta kolaborasi antara akademia dan industri. Bengkel ini juga menekankan pentingnya AI dalam memacu inovasi dan meningkatkan hasil penyelidikan yang boleh dimanfaatkan oleh petani dan industri.

Melalui sesi interaktif dan pembentangan, para peserta bengkel telah menyuarakan pandangn dan cadangan mengenai keperluan dan cabaran yang dihadapi dalam usaha memperkukuh ekosistem AI di UPM. Bengkel ini dijangka akan menghasilkan beberapa inisiatif strategik yang akan memperkukuhkan lagi kedudukan UPM sebagai pusat rujukan AI bagi keterjaminan makanan di Malaysia.Bengkel tersebut juga menjadi platform untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan AI dalam menyokong misi keselamatan makanan dan menyediakan peluang bagi pelajar dan staf untuk mendalami kemahiran AI, selari dengan perkembangan teknologi semasa.

Disediakan oleh:
Ts. Saiful Ramadzan Hairani
Bahagian Kampus Pintar dan Pendigitalan

Tarikh Input: 08/08/2024 | Kemaskini: 09/08/2024 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (10:34:42pm-10:39:42pm, 08 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]