Memperkasa Ilmu Pengaturcaraan | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Memperkasa ilmu pengaturcaraan

Memperkasa ilmu pengaturcaraan

 

UPM SERDANG, 25 November 2021: Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah menganjurkan kursus CodeIgniter dan Vue.js bermula 22 hingga 25 November 2021. CodeIgniter merupakan framework PHP yang digunakan sebagai platform pembangunan berasaskan open source manakala Vue.js pula merupakan framework JavaScript yang digunakan untk pembangunan front-end. Kedua-dua framework ini adalah antara yang paling popular dan banyak digunakan di seluruh dunia.

Kursus selama 4 hari ini telah disampaikan oleh Encik Eimiza Faisha Bin Azmi dari UPSI. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam membangunkan aplikasi menggunakan kedua-dua framework tersebut. Seramai 42 orang staf Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) telah mengikuti kursus tersebut yang dijalankan secara fizikal di Bilik Latihan EXA, iDEC Alpha dan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pasukan pembangunan aplikasi dengan framework yang terkini. Ianya adalah sebahagian dari transformasi BPA dalam meningkatkan kecekapan pasukan pembangunan aplikasi bagi menghasilkan sistem yang berkualiti dan selamat digunakan.

Tarikh Input: 17/12/2021 | Kemaskini: 17/12/2021 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcMAf~

Hello!