

Serdang, Ogos 2025 - Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026-2030 (RMK13) dengan tema ‘Melakar Semula Pembangunan’ merupakan tekad berterusan Kerajaan untuk merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI. Pembangunan negara untuk tempoh lima tahun mendatang akan ditunjangi peralihan secara menyeluruh kepada pendigitalan dan teknologi termaju, terutama kecerdasan buatan (AI) serta pembangunan sistem sosial berteraskan insan MADANI dengan masyarakat yang bersatu di bawah pendekatan keseluruhan negara. Penstrukturan semula ekonomi yang berlandaskan teknologi dan pembentukan sistem sosial yang utuh merupakan elemen penting dalam membina negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah.
Seiring dengan True North UPM dan Pelan Tindakan Keterjaminan Makanan UPM 2025–2027, permohonan RMK13 adalah bertepatan dengan keperluan semasa dan mendukung aspirasi negara menuju agenda sekuriti makanan yang mampan dan lestari.
Permohonan telah diteliti dari segi keperluan ICT di mana ia telah dikategorikan kepada 5 kluster iaitu:
iDEC selaku urus setia JPICT peringkat UPM telah melaksanakan beberapa siri bengkel bagi tujuan persediaan permohonan RMK13 (skop ICT). Bengkel telah dihadiri oleh pemilik projek dan telah berjaya menghasilkan dokumen berkaitan bagi tujuan sokongan pasukan sektor digital Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Jabatan Digital Negara (JDN). Seterusnya, permohonan akan diangkat untuk kelulusan (mengikut had nilai) ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT (JTI), Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) peringkat KPT atau Jawatankuasa Teknikal Sektor Awam (JTISA), JDN.
Tarikh bengkel yang telah dilaksanakan:
Semoga permohonan daripada UPM akan disokong dan diluluskan.
Disediakan oleh:
Ts. Nor Azlina Zainal Abidin
Urus setia JPICT UPM
Tarikh Input: 29/08/2025 | Kemaskini: 02/09/2025 | nazlina

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan