Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS)

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS)

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Beberapa Staf iDEC bersama delegasi Ybhg. Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato' Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah telah menghadiri Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, hari ini.

MY AI NEXUS adalah bertujuan untuk menyatukan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di universiti, industri, agensi-agensi dan pemegang taruh berkaitan dalam usaha memacu ketersediaan AI di Malaysia.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berkata pembangunan AI ini melibatkan keseluruhan ekosistem yang berkaitan termasuklah Institut Pengajian Tinggi (IPT), agensi kerajaan dan swasta serta industri berkaitan. Kemajuan teknologi hari ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran baharu termasuk perkembangan AI dalam pelbagai ekosistem yang tidak dapat dinafikan. Perubahan dan kepantasan ini terangkum dalam kerjasama secara 'the whole of goverment approach'.

Tarikh Input: 21/05/2024 | Kemaskini: 21/05/2024 | zalaz

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (06:57:25pm-07:02:25pm, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]