Majlis Perutusan Tahun 2017 Pengarah Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (iDEC) | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Majlis Perutusan Tahun 2017 Pengarah Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)

Majlis Perutusan Tahun 2017 Pengarah Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)

Majlis bertarikh 28 Februari 2017 yang telah diadakan di Dewan Harmoni, Kolej ke 5 bermula jam 10 pagi, diwarnai dengan pelbagai pengisian yang menarik. Majlis telah dihadiri oleh hampir kesemua pegawai IDEC dari segenap bahagian dan seksyen. Majlis telah dihoskan oleh En. Rizal Razak dengan aksi yang bersahaja dan ceria. Dalam ucapannya Pengarah IDEC telah menekankan perlunya komitmen setiap pegawai dalam menjalankan tugas bagi memenuhi ekspektasi pelanggan. Setiap pegawai perlu memainkan peranan masing-masing dan kejayaan IDEC adalah merupakan kerja kolektif semua staf. Kemuncak pada majlis tersebut ialah ceramah motivasi oleh penceramah undangan iaitu Prof Dato Dr. Sheikh Omar, seorang mentor dan pakar yang disegani. Beliau banyak menekankan kepada prinsip ihsan dalam bekerja serta disulami dengan pelbagai cerita dan pengalaman yang beliau tempuhi bersama UPM. Majlis ini telah berjaya mempertemu dan merapatkan silaturrahim di antara staf IDEC.

Tarikh Input: 06/10/2017 | Kemaskini: 11/10/2017 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
CVMGErT:04:43