Majlis Perjumpaan Staf IDEC (Januari 2020) | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Majlis Perjumpaan Staf iDEC (Januari 2020)

Majlis Perjumpaan Staf iDEC (Januari 2020)

 

Serdang, 15 Januari 2020:     Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah mengadakan “Majlis Perjumpaan Staf” yang pertama bagi tahun 2020, bersekali dengan “Majlis Perutusan Tahun Baru oleh Pengarah iDEC” di Auditorium HPUPM.

Majlis dimulai dengan nyanyian beramai-ramai lagu Negaraku dan Putra Gemilang; serta bacaan ikrar integriti yang dipimpin oleh Encik Mohd Rizal Khanafie, Ketua Seksyen Penyiaran AV. Majlis turut dilengkapi dengan bacaan Yassin yang diketuai oleh Tuan Haji Rusli Ahmad bagi menambahkan keberkatan dan kesejahteraan kepada seluruh warga iDEC sepanjang tahun 2020. 

Majlis diteruskan dengan Perutusan Tahun Baru oleh Pengarah iDEC, Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi. Antara kandungan ucapan beliau adalah kejayaan dan anugerah yang diterima oleh iDEC sepanjang tahun 2019, pencapaian iDEC dalam aktiviti pembangunan aplikasi, rangkaian dan sokongan pengguna; serta penstrukturan semula iDEC yang melibatkan penyusunan semula struktur organisasi dan penempatan staf iDEC yang dijangka berkuatkuasa mulai 1 Februari 2020.

Bagi memeriahkan lagi majlis, seramai sebelas orang staf iDEC yang menyambut kelahiran dalam bulan Januari telah diraikan dengan acara memotong kek dalam“Majlis Sambutan Hari Jadi”. Sebagai tanda kenangan, majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.

Majlis dibawah anjuran KRiDEC ini juga telah menyediakan ruang jualan untuk staf iDEC membuat jualan secara langsung kepada ahli. Antara barangan yang dijual adalah makanan dalam tin, makanan ringan, kain batik dan bekas Tupperware.

Tarikh Input: 31/01/2020 | Kemaskini: 18/02/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
CULcQA:16:04